Pemuda Maut Motosikal Jatuh Tali Air - Berita Jenayah | mStar

Pemuda Maut Motosikal Jatuh Tali Air

Diterbitkan: Khamis, 30 November 2017 7:58 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Seorang pemuda mati lemas apabila motosikal yang ditunggangnya terjatuh ke dalam tali air di Kampung Kenak, Pasir Mas pada Khamis.

Mohamad Arif Mohd Noor, 26 yang  berasal dari Kampung Pantai Kundor di sini, dikatakan cuba menyeberangi jambatan yang ditenggelami air sedalam 0.5 meter sebelum  terjatuh dan dihanyutkan arus deras dalam kejadian 9.30 pagi itu.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Kubor, Pegawai Bomba Kanan II Wan Ramzi Wan Ibrahim berkata sepasukan lapan anggota termasuk tiga pegawai dari Balai Bomba Kota Bharu dan lima Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan.

Bomba mengambil masa selama lebih kurang 15 minit untuk mencari mangsa dan berjaya menemuinya kira-kira 15 meter dari tempat dia terjatuh, katanya ketika dihubungi di sini.

Wan Ramzi berkata mayat mangsa dijumpai pada 1.30 tengah hari dan dihantar ke Hospital Pasir Mas untuk bedah siasat. - Bernama

Tags / Kata Kunci: lemas
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan