Tak Benar!

Diterbitkan: Jumaat, 24 November 2017 6:26 PM

(Ubah saiz teks)

SEGAMAT: Polis menafikan berita tular  tersebar di laman sosial yang mendakwa 18 orang terdiri daripada pelajar Kolej Vokasional Segamat dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Segamat maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan treler di di Kampung Melayu Raya, Segamat pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Segamat, Supt Raub Selamat meminta orang ramai yang menyebarkan berita berkenaan agar menghentikan penyebaran berita itu.

“Saya nasihatkan orang ramai agar meneliti kesahihan berita dengan menyemak sumber berita atau membuat rujukan dengan pihak berkuasa terlebih dahulu sebelum berkogsi berita di laman sosial,” katanya.

Raub berkata kesemua 20 mangsa yang cedera ringgan dan dirawat di Hospital Segamat telah dibenarkan pulang pada Jumaat.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Bandar Baru Segamat, Pegawai Kanan Penguasa Bomba, Mohd Aziad Mamat berkata phak bomba menerima panggilan kecemasan daripada orang ramai kira-kira pada pukul 4.20 petang Khamis dan sampai ke tempat kejadian kira-kira 10 minit kemudian.

“Apabila tiba ditempat kejadian pasukan bertugas mendapati bahawa berlaku kemalangan membabitkan sebuah bas dan sebuah lori treler namun tiada kehilangan nyawa,” katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: kemalangan , Segamat

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan