Bekas Menteri Sabah Ugut Tembak Pemandu Uber

Diterbitkan: Isnin, 20 November 2017 9:45 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Seorang bekas menteri Sabah semasa dikatakan telah mengugut seorang pemandu Uber dengan kata-kata dan pistol selepas merempuh pemandu itu dari belakang.

Bekas menteri itu dikatakan cuba meneruskan perjalanan selepas rempuhan itu namun dihalang oleh mangsa.

Chin Wong Seng, 65, sewaktu sidang media di pejabat DAP pada Ahad berkata, dia keluar dari keretanya sebelum mengetuk kereta bekas menteri itu untuk menyelesaikan apa yang berlaku.

"Dia cakap pada saya 'kau nak mati, aku tembak kau' sambil mengacukan pistol sewaktu saya minta nombor telefon," ujar Chin.

Tambahnya lagi, nombor telefon yang diberi oleh suspek juga tidak dapat dihubungi.

Sewaktu kejadian, Chin memberitahu suspek supaya menembak sahaja dirinya yang sudah tua.

Selepas itu, suspek meletakkan senjata dan mengarahkan Chin supaya datang ke pejabatnya di Tanjung Aru bagi menyelesaikan kes itu.

"Saya harap pihak polis akan menyiasat kes ini," ujar Chin yang telah membuat laporan di balai polis Karamunsing pada Ahad.

Tags / Kata Kunci: Bkeas menteri , ugut

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan