18 Mangsa Pemerdagangan Manusia Diselamatkan

Diterbitkan: Ahad, 19 November 2017 3:03 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Kira-kira 18 warga asing termasuk 17 wanita dan seorang lelaki berperwatakan wanita, yang disyaki menjadi mangsa pemerdagangan manusia diselamatkan dalam serbuan di sebuah premis hiburan di Taman Tuanku Haminah dekat sini, tengah malam Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Saifi Abdul Hamid berkata serbuan pada 12.30 tengah malam itu yang dijalankan oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Muda selepas melakukan risikan sejak beberapa minggu lalu.

"Seramai 18 mangsa, berusia lingkungan 20-an hingga 30-an, iaitu 10 warga asing dari Thailand, enam dari Laos, dan dua dari Vietnam, yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi bagi tujuan persundalan, telah diselamatkan.

"Polis turut menahan empat lelaki berumur lingkungan 30-an, disyaki bekerja sebagai penjaga premis hiburan terbabit dan mereka direman selama enam hari bermula semalam (18 November) bagi membantu siasatan," katanya menerusi kenyataan media, Ahad.

Menurutnya, polis turut merampas peralatan yang digunakan dalam pusat hiburan terbabit serta beberapa buah kenderaan yang dipercayai digunakan untuk membawa pekerja asing terbabit ke premis hiburan berkenaan.

"Premis terbabit dipercayai menjadikan warga asing sebagai pelayan pelanggan malah lesen hiburan juga gagal dikemukakan sewaktu serbuan dijalankan," katanya.

Sementara itu, Saifi berkata, perintah perlindungan sementara (IPO) telah dikeluarkan kepada kesemua 18 mangsa dan mereka akan ditempatkan ke pusat perlindungan sementara di Kuala Lumpur dan Melaka, sepanjang tempoh siasatan dijalankan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 12 Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 kerana memperdagangkan manusia bagi tujuan eksploitasi; Seksyen 39(b) Peraturan Imigresen 1963 kerana warga asing bekerja di negara ini tanpa permit; dan Seksyen 6 Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan kerana menjalankan aktiviti hiburan tanpa lesen daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: pemerdagangan manusia

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan