Dua Maut Kemalangan Libatkan Treler, Alza

Diterbitkan: Ahad, 12 November 2017 7:20 PM

Seorang lelaki dan seorang wanita yang menaiki kereta jenis Perodua Alza maut dalam kemalangan yang membabitkan lori treler. - Facebook/Ipc Kongsi INFO Terkini

(Ubah saiz teks)

LAHAD DATU: Kemalangan melibatkan lori treler dan sebuah kereta di Batu 11 Jalan Segama mengakibatkan seorang lelaki dan seorang wanita yang menaiki kereta jenis Perodua Alza maut dalam kejadian pada pagi Ahad.

Bagaimanapun, identiti kedua-dua mangsa itu belum dapat dikenalpasti dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada pukul 11.47 pagi.

Menurut kenyataan itu, enam anggota dan sebuah jentera serta kenderaan utiliti bergegas ke lokasi kejadian bagi membantu mangsa yang tersepit di dalam kereta.

Kemalangan tersebut dipercayai berpunca daripada lori treler yang telah menghimpit kereta dinaiki dua mangsa itu, kata kenyataan itu. - Bernama

Tags / Kata Kunci: kemalangan maut

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan