Awas ‘Sukarelawan Palsu’

Diterbitkan: Ahad, 12 November 2017 10:08 AM

Che Tom menunjukkan kesan luka akibat diragut dua lelaki yang menyamar sebagai sukarelawan.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Waspada dengan perompak yang berpura-pura sebagai sukarelawan untuk membersihkan kawasan rumah yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.

Ini amaran kerajaan negeri dan pihak polis kepada mangsa banjir selepas seorang warga emas berusia 68 tahun hilang rantai emas selepas dirompak dua lelaki dirumahnya di Tasek Gelugor, Butterworth.

Lelaki terbabit pergi ke rumahnya pada Khamis mendakwa mereka ke sana untuk membantu membersihkan kediaman mangsa.

Che Tom berkata dua lelaki itu dilihat meronda di sekitar kampung menggunakan sebuah motosikal ketika dia sedang membersihkan kawasan rumah kira-kira pukul 10 pagi.

"Saya kemudian berbual-bual dengan mereka dan salah seorang daripadanya masuk ke dalam rumah untuk melihat jika ada orang lain bersamanya.

"Lelaki tersebut kemudian keluar semula dan meragut rantai emas saya sebelum melarikan diri," katanya.

Che Tom berkata dia memakai rantai emas tersebut yang juga hadiah peninggalan arwah suaminya selepas menjumpainya di atas lantai selepas banjir melanda kawasan kampungnya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor turut menasihati orang ramai terutamanya warga emas, ibu tunggal dan wanita yang tinggal bersendirian supaya berhati-hati dengan 'sukarelawan palsu' tersebut.

"Petugas sukarelawan akan datang secara berkumpulan, bukannya sendirian atau secara berdua. Berhati-hati dan jangan biarkan mereka masuk ke rumah anda," katanya.

Beliau berkata polis sedang mengenal pasti suspek dalam kes tersebut.

Tags / Kata Kunci: sukarelawan palsu

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan