‘Pengebom Berani Mati’ Untuk Halloween Serah Diri - Berita Jenayah | mStar

‘Pengebom Berani Mati’ Untuk Halloween Serah Diri

Diterbitkan: Jumaat, 10 November 2017 8:21 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Lelaki yang berpakaian sebagai pengebom berani diri sempena parti Halloween menyerahkan diri kepada polis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner, Mohd Zani Che Din berkata lelaki itu ditahan di ibu pejabat polis daerah itu pada Jumaat.

"Dia akan direman pada Sabtu. Kami bertindak selepas laporan polis dibuat berkaitan kejadian pada 28 Oktober itu," kata beliau ketika dihubungi The Star.

Beliau berkata, kes itu diklasifikasikan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana intimidasi jenayah.

Dilaporkan bahawa seorang lelaki menyebabkan penduduk di sebuah apartmen di sini kecoh selepas dia berpakaian seperti seorang pengebom berani mati yang sebenarnya dipakai untuk menyertai pesta kostum Halloween.

"Kira-kira pukul 7.40 malam pada 28 Oktober lalu, penduduk di sebuah apartmen di Damansara Perdana menemui lelaki yang berpakaian sebagai pengebom berani mati.

"Ia adalah untuk parti Halloween dan dia dilihat menaiki lif," kata Mohd Zani.

Tags / Kata Kunci: Halloween
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan