Lagi Anggota Penguat Kuasa Diserang - Berita Jenayah | mStar

Lagi Anggota Penguat Kuasa Diserang

Diterbitkan: Rabu, 8 November 2017 5:56 PM

(Ubah saiz teks)

SEORANG anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) diserang secara fizikal ketika sedang menjalankan tugasnya.

Semasa operasi kunci tayar dijalankan di Jalan Puteri 1/4, Bandar Puteri Puchong pada Selasa, mangsa dan juga rakan setugasnya mengunci tayar sebuah kereta jenis Honda City diparkir bukan di tempat letak kereta.

Kira-kira pukul 12.40 tengah hari, sepasang suami isteri mendekat anggota penguat kuasa itu dan bertindak agresif.

Si suami menyembur sejenis cecair yang tidak diketahui ke muka anggota terbabit sebelum melarikan diri bersama isterinya.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata anggota terbabit mengalami pedih pada bahagian mata selain penglihatannya kabur.

Malah, mangsa turut mengalami kesukaran untuk bernafas.

Katanya, polis kini sedang mengesan pasangan terbabit dan meminta mereka segera menyerah diri.

Tags / Kata Kunci: penguat kuasa MPSJ
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan