8 Rumah Kayu Ranap Di Jelutong - Berita Jenayah | mStar

8 Rumah Kayu Ranap Di Jelutong

Diterbitkan: Rabu, 1 November 2017 7:33 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Sebanyak lapan rumah kayu ranap dijilat api dalam kejadian yang berlaku di Jalan Madrasah, Jelutong di sini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (Bomba) berkata, anggota dari stesen bomba Jalan Perak tiba di tempat kejadian pada pukul 4.16 petang Rabu.

"Kami mampu mengawal api pada pukul 4.58 petang," katanya.

Beliau berkata, seramai 22 anggota bomba berada di tempat kejadian, termasuk dari beberapa stesen bomba lain.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Tags / Kata Kunci: kebakaran
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan