Kes Seleweng Dana Awam: SPRM Siasat 14 Syarikat - Berita Jenayah | mStar

Kes Seleweng Dana Awam: SPRM Siasat 14 Syarikat

Diterbitkan: Ahad, 29 Oktober 2017 12:13 PM

(Ubah saiz teks)

EKSKLUSIF

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat 14 syarikat di Sabah yang dipercayai terlibat dengan 'kehilangan' dana awam bernilai RM48 juta sejak tujuh lalu.

Dana tersebut dikatakan sebahagian daripada kes penyelewengan dana awam RM1.5 bilion Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) untuk pelbagai projek pembangunan di Sabah.

Difahamkan, kos projek pembangunan itu dinaikkan sehingga 25% manakala 15% bersamaan dengan RM48 juta masuk ke dalam poket individu tertentu.

Tumpuan diberikan kepada siasatan terhadap bekas Menteri KKLW, Datuk Seri Shafie Apdal yang memegang jawatan itu sejak 2009 hingga 2015.

Adik-beradik Shafie, Datuk Yusof dan Hamid turut ditahan untuk membantu siasatan.

Mereka bagaimanapun masing-masing dibebaskan pada Isnin dan 19 Oktober lalu.

SPRM turut menyiasat peranan dua Datuk dalam kes itu dan mengenal pasti siapa yang melantik mereka.

"Kami telah menyoal siasat adik-beradik Shafie untuk membantu siasatan berhubung perkara itu," katanya.

Jaringan perniagaan yang kompleks digunakan untuk mengaburi mata pihak berkuasa dan kebanyakan transaksi dilakukan secara tunai untuk mengelak dikesan, kata sumber kepada The Star.

Sumber berkata SPRM sedang menyiasat sama ada ahli keluarga dan penyokong politik terlibat dalam keseluruhan tender dan pemberian projek terpilih kepada 14 syarikat dipercayai dilantik seorang Datuk.

Individu bergelar Datuk itu mengumpul 14 syarikat yang tidak semestinya milik beliau tetapi memberi banyak pengaruh kerana ia milik keluarga dan rakan-rakannya.

Malah, SPRM juga ingin mengenal pasti sama ada 14 syarikat itu digunakan demi nama dan kesemua projek itu secara tidak rasmi diberikan kepada seorang ahli perniagaan yang mempunyai hubungan secara langsung dengan ahli politik tersebut.

"Kami percaya 10% lagi diberikan kepada seorang Datuk yang melantik 14 syarikat tersebut dengan 3% dibahagikan antara syarikat sebagai 'yuran perkhidmatan'," kata sumber itu.

Tags / Kata Kunci: SPRM , kes penyelewengan , Sabah
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan