Lihat Rumah Diselongkar Tiga Penyamun

Diterbitkan: Ahad, 29 Oktober 2017 8:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Sepasang suami isteri menjadi saksi melihat sendiri rumah mereka diselongkar tiga penjenayah kemudian melarikan sebuah kereta jenis Suzuki Swift dan pelbagai barangan berharga di Kampung Becah, Tanjong Mas, di sini, Khamis lalu.

Lelaki berusia 43 tahun dan isterinya itu  bagaimanapun, hanya mendiamkan diri sambil memerhatikan kejadian selama sejam tersebut.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, pasangan itu sedang tidur di bilik utama menyedari rumah mereka dimasuki perompak kerana terdengar bunyi bising.

"Mereka lihat tiga suspek masuk ke dalam rumah dengan memotong jeriji tingkap di ruang tamu dan pagar belakang rumah pada jam 4.45 pagi.

"Sebaik berjaya masuk, mereka menyelongkar rumah dan bilik anak-anak pasangan itu yang tidak berkunci. Akibat ketakutan suami isteri ini tidak keluar dan hanya memerhati melalui tingkap bilik mereka," katanya di sini, Sabtu.

Beliau berkata, pasangan terbabit kemudiannya segera menghubungi polis kerana bimbang keselamatan anak yang sedang tidur di dalam bilik yang dimasuki perompak.

"Sejam kemudian ketiga-tiga suspek yang selesai menyelongkar ruang tamu dan bilik anak-anak mangsa dilihat keluar pada pukul 5.40 pagi.

"Selepas keadaan selamat, mangsa keluar dari bilik dan mendapati kereta Suzuki Swift mangsa, sebuah telefon bimbit jenis Iphone 4 dan tabung duit syiling anaknya serta serangkai kunci rumah lesap dilarikan penjenayah," katanya.

Ismail berkata, rumah mangsa dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV), namun penelitian pihak polis ke atas rakaman itu hanya melihat kelibat dua lelaki dari jauh yang masuk melalui pagar kecil di tepi rumah mangsa.

"Kami sedang menjejaki suspek dan meminta kerjasama awam sekirannya tahu tentang ketiga-ketiga lelaki terbabit dan salurkan maklumat kepada pihak polis bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan iaitu  pecah rumah dan mencuri," katanya.

Rakaman CCTV berdurasi seminit 37 saat memaparkan gelagat tiga lelaki memecah masuk rumah berkenaan tular di laman sosial Facebook sejak malam kelmarin. - Sinar Online

Tags / Kata Kunci: samun

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan