Cabul Budak Perempuan, Pemuda Ditahan - Berita Jenayah | mStar

Cabul Budak Perempuan, Pemuda Ditahan

Diterbitkan: Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 25 tahun ditahan kerana mencabul seorang budak perempuan di sebuah apartmen di Taman Cheras Utama.

Sebuah rakaman video yang dimuatnaik di media sosial pada Isnin menunjukkan seorang lelaki dibelasah penduduk apartmen tersebut.

"Suspek direman selama empat hari bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Beliau berkata bapa mangsa telah membuat laporan polis mengenai kes itu.

Dalam rakaman video itu, suspek dibelasah orang ramai kerana didakwa mencabul dan cuba menculik mangsa yang juga anak perempuan jirannya.

Menurut posting Facebook Noh Koris, insiden itu dipercayai berlaku kira-kira pukul 1.45 petang.

Kes terbabit akan disiasat mengikut Seksyen 14 Akta 792 iaitu melakukan seksual fizikal terhadap kanak-kanak dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan iaitu menyimpan bahan lucah.

Tags / Kata Kunci: cabul , Taman Cheras Utama
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan