4 Pelajar Maut, 5 Cedera Nahas Di Pitas

Diterbitkan: Selasa, 24 Oktober 2017 12:46 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Empat pelajar wanita maut, manakala lima cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka terbabas di Jalan Kanibongan Pitas, pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu Superitendan Mohd Izaan Abdullah berkata, dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, Toyota Avanza itu dinaiki sembilan pelajar iaitu empat wanita dan lima lelaki.

"Kesemua mangsa termasuk pemandu adalah pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pitas 2 dan lapan daripadanya adalah pelajar Tingkatan Enam dan seorang lagi pelajar Tingkatan Empat.

"Beliau berkata kesemua empat mangsa maut dan empat lagi yang mengalami cedera ringan dihantar ke Hospital Pitas," katanya ketika dihubungi Bernama.

Katanya, seorang lagi mangsa yang mengalami kecederaan parah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk menerima rawatan lanjut.

Mohd Izaan berkata punca sebenar kemalangan itu masih dalam siasatan dan identiti mangsa belum dapat didedahkan.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Pitas , Toyota Avanza

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan