Tendang Datuk Saudara Elak Dirogol

Diterbitkan: Isnin, 23 Oktober 2017 4:53 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

SIBU: Seorang kanak-kanak berusia 13 tahun terselamat daripada dirogol setelah dia menendang pelakunya iaitu datuk saudaranya sendiri di rumahnya di Sungai Bidut di sini petang Ahad.

Setelah ditendang, lelaki yang berusia 55 tahun itu terjatuh dan kemudian lantas bangun dan melarikan diri.

“Kejadian berlaku apabila suspek datang ke rumah mangsa semasa ibu mangsa keluar untuk membeli barangan keperluan.

"Suspek yang biasa datang ke rumah mangsa bila ada kelapangan, telah bertindak memasuki bilik tidur mangsa dan mengunci pintu bilik,” kata Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zailanni Amit, Isnin.

Beliau berkata lelaki itu tidak  sempat meneruskan perbuatan terkutuknya apabila ditendang kanak-kanak berkenaan.

Mangsa kemudiannya memberitahu kejadian tersebut kepada ibunya, katanya.

Beliau berkata suspek telah ditahan di sebuah kuarters pekerja sebuah kilang kayu di Jalan Empawah malam Ahad.

Katanya, dia kini direman sehingga 30 Oktober untuk membantu siasatan bawah Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: rogol

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan