Gara-Gara Ditegur, Remaja Ditetak

Diterbitkan: Jumaat, 20 Oktober 2017 1:37 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Seorang remaja lelaki cedera parah di bahagian belakang dan kepala akibat ditetak, gara-gara menegur dua lelaki yang memasang muzik dengan kuat daripada pembesar suara kereta di Flat Jalan Tasek 64, Bandar Seri Alam, dekat Pasir Gudang, awal pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supt Jokhiri Abd Aziz berkata kejadian berlaku pada jam 2.05 pagi   apabila mangsa berusia 17 tahun diserang kira-kira 15 lelaki di kawasan perumahan itu.

Katanya, kejadian dipercayai berpunca apabila mangsa menegur dan menasihati dua daripada  suspek kerana memasang muzik dengan kuat menggunakan pembesar suara kereta mereka yang diletakkan di kawasan flat tersebut.

"Teguran itu menyebabkan berlaku pertengkaran dan pergaduhan kecil sebelum sekumpulan suspek lain iaitu rakan kepada dua suspek yang awal, datang menaiki sebuah kereta dan beberapa motosikal.” katanya dalam kenyataan, Jumaat.

Berdasarkan siasatan, sekumpulan lelaki itu kemudiannya mengerumuni mangsa yang mana beberapa suspek membawa parang dan pisau dan menyerang mangsa hingga mengakibatkan kecederaan parah di bahagian belakang badan dan kepala mangsa, katanya.

“Kesemua suspek dipercayai bukan penghuni di kawasan flat tersebut,” katanya.

Jokhiri berkata mangsa yang cedera parah kemudiannya dihantar dan dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI)  di sini dan kini berada di bawah pengawasan rapi pihak hospital.

Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan (merusuh dengan senjata) dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan (mendatangkan cedera parah dengan senjata).Beliau berkata sehingga kini belum ada tangkapan dibuat dan pihak polis sedang giat memburu suspek yang terlibat.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta untuk menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan," kata Jokhiri. - Bernama

Tags / Kata Kunci: tetak , Remaja

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan