Lelaki Maut Tertembak Senapang Buatan Sendiri

Diterbitkan: Khamis, 19 Oktober 2017 3:30 PM

Mangsa ditemukan terbaring bersebelahan motosikalnya. - Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KINABATANGAN: Seorang lelaki maut selepas tertembak senapang buatan sendiri di sebuah ladang kelapa sawit di Sungai Koyah, Kampung Paris 3 dekat sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan Supritendan A. Sahak Rahmat berkata, mangsa warga Indonesia berusia 48 tahun bertugas sebagai pekerja di ladang tersebut dan mayatnya dijumpai pada 7 pagi oleh anaknya.

Katanya anak mangsa menemukan bapanya terbaring bersebelahan motosikalnya di jalan ladang itu.

Menurutnya, siasatan polis di tempat kejadian mendapati terdapat kesan tembakan di bahagian leher bawah dagu mangsa yang disyaki dilepaskan dari bawah dan kesan melecur pada pergelangan tangan kiri.

Pemeriksaan dijalankan di tempat kejadian mengesyaki motosikal mangsa telah terlanggar jalan yang tidak rata dan mengakibatkan senjata api yang dibawa meletup sendiri dan mengenainya, katanya kepada Bernama pada Khamis.

A. Sahak berkata, enam butir peluru disisip pada bahagian tali pinggang sebelah kanan mangsa dan terdapat sebutir kelongsong peluru berada di dalam senapang itu.

Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Kinabatangan untuk mengesahkan kecederaan dan kematian sebelum dibawa ke Hospital Duchess Of Kent Sandakan untuk bedah siasat.

Tags / Kata Kunci: senapang buatan

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan