Adik Shafie Apdal Direman

Diterbitkan: Rabu, 18 Oktober 2017 1:21 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lahad Datu Datuk Yusof Apdal direman selama empat hari mulai Rabu bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana RM180 juta berkaitan projek luar bandar di negeri ini.

Majistret Stephanie Sherron Abbie mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Yusof sehingga 21 Oktober ini bagi membantu sisatan di bawah Seksyen 17A Akta SPRM 2009.

Yusof, 57, yang juga adik kepada Datuk Seri Shafie Apdal ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah malam Selasa.

Beliau adalah sembilan individu yang ditahan setakat ini bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana projek luar bandar sejumlah RM180 juta iaitu sebahagian daripada  RM1.5 bilion dana yang dianggarkan diselewengkan dalam sebuah kementerian.

Dana RM1.5 bilion itu adalah sebahagian peruntukan kerajaan pusat melalui sebuah kementerian berjumlah RM7.5 bilion untuk melaksanakan projek luar bandar di Sabah sepanjang 2009 hingga 2015.
Tags / Kata Kunci: Yusof Apdal , Shafie Apdal , SPRM

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan