Tujuh Penyokong Perak Ditahan - Berita Jenayah | mStar

Tujuh Penyokong Perak Ditahan

Diterbitkan: Isnin, 16 Oktober 2017 4:06 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

IPOH: Polis menahan tujuh lelaki berikutan insiden kekecohan selepas tamat separuh akhir pertama Piala Malaysia 2017 antara Perak menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Perak di sini, malam Ahad.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata kesemua ditahan merupakan penyokong Perak berumur antara 18 dan 29 tahun.

Dalam kejadian itu, dua lelaki termasuk seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh cedera akibat terkena mercun.

Kekecohan dipercayai hanya membabitkan penyokong tuan rumah kerana penyokong JDT telah keluar daripada stadium dan menaiki bas dengan diiringi anggota polis.

Pada perlawanan itu, Perak dan JDT seri 1-1, masing-masing menerusi jaringan sendiri pemain JDT Mohamad Hasbullah Abu Bakar dan penyerang import dari Lubnan Mohamad Ghaddar. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Piala Malaysia , Perak
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan