Reman Tiga Ahli Politik Dilanjutkan

Diterbitkan: Sabtu, 14 Oktober 2017 4:20 PM

Mohd Azis tiba di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu di sini kira-kira pukul 10 pagi Sabtu.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Perintah tahanan reman Ketua Pemuda Parti Warisan Sabah Datuk Mohd Azis Jamman dan dua ketua pemuda Umno bahagian berhubung kes penyelewengan dana awam di Sabah dilanjutkan tiga hari lagi.

Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Mohd Aizat Abdul Rahim membenarkan permohonan lanjutan reman SPRM terhadap Mohd Azis dan Ketua Pemuda Umno Tenom, Jamawi Jaafar dan Ketua Pemuda Umno Tawau, Ariffin Kassim sehingga 17 Oktober ini.

Mereka tiba di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu di sini kira-kira pukul 10 pagi.

Mohd Azis diwakili peguam Martin Tommy, Loretto J Padua, Cedric Choo, Norazmi Alimat, Jaikol Situn dan Darell Leiking.

Jamawi pula diwakili peguam Arthur Bonnie, Shahlan Jufri, Mohd Azhier A Farhan Arifin, Jafar Esteben dan Razali Razi, manakala peguam Hamid Ismail mewakili Ariffin.

Sementara itu, ahli perniagaan berumur 52 tahun yang sebelum ini disambung reman empat hari sejak Rabu lalu, dibebaskan pada Sabtu dengan jaminan SPRM sebanyak RM200,000, dengan deposit RM100,000.

Ahli perniagaan itu ditahan bersama Naib Presiden Warisan, Datuk Peter Anthony pada 5 Oktober lalu sebelum kedua-duanya direman lima hari sehingga Selasa lalu.

Peter dibebaskan pada Jumaat di Hospital Pakar Damai di sini dengan jaminan SPRM sebanyak RM50,000 selepas tempoh lanjutan tahanan reman tiga hari terhadapnya berakhir.

Tags / Kata Kunci: SPRM , dana awam , Sabah

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan