Sembilan Lelaki Gaduh, Pukul Polis Ditahan

Diterbitkan: Sabtu, 14 Oktober 2017 7:09 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis menahan sembilan lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian memukul empat anggota polis yang cuba meleraikan pergaduhan antara dua kumpulan lelaki dalam kejadian di hadapan Balai Polis Lebuh Pantai, pada Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, sekumpulan 30 lelaki daripada dua kumpulan bergaduh di kawasan itu sebelum empat anggota polis yang sedang bertugas di balai berkenaan keluar untuk meleraikan pergaduhan tersebut.

Jurucakap polis berkata polis mengarahkan mereka berhenti bergaduh dan beredar daripada kawasan itu, namun kumpulan berkenaan tidak mengendahkannya dan terus bergaduh sesama mereka.

“Anggota yang cedera itu merupakan polis yang pertama keluar melihat kejadian itu dan dia cuba meleraikannya kerana bimbang menjadi lebih teruk. Mereka juga bertindak ganas dengan memukul mangsa dan tiga lagi anggota polis yang keluar membantu,” katanya pada Sabtu.

Bagaimanapun, katanya pergaduhan itu berjaya dileraikan selepas beberapa lagi anggota polis tiba dan sembilan daripada mereka berjaya ditahan.

Jurucakap itu berkata hasil siasatan mendapati pergaduhan itu berlaku kerana satu kumpulan tidak berpuas hati apabila satu lagi kumpulan mahu membuat laporan polis selepas mereka bergaduh di hadapan sebuah kedai serbaneka di Persiaran Bayan Indah, Bayan Baru dekat sini dalam kejadian awal pagi kelmarin.

Beliau berkata sembilan lelaki itu kini direman empat hari dan kes itu disiasat menurut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt A. Anbalagan ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan katanya usaha mengesan beberapa lagi lelaki yang terlibat dalam kejadian itu giat dijalankan.- Bernama

Tags / Kata Kunci: Gaduh

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan