Kawasan Pencarian Lelaki Hilang Diperluas

Diterbitkan: Khamis, 12 Oktober 2017 12:45 PM

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki, Lau See, 69, yang dilaporkan hilang di kawasan Hutan Simpan Lebir, Aring 8 di sini sejak Isnin, sedang dipergiat dan kawasan pencarian diperluas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Penolong Kanan Pegawai Bomba Anuar Abas berkata seramai 23 anggota daripada beberapa agensi penyelamat seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan penduduk kampung terbabit dalam operasi berkenaan.

"Hari ini kami akan memperluaskan gerakan mencari mangsa ke kawasan tiga kilometer persegi sekitar kawasan mangsa dilapor hilang," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Anuar berkata dalam operasi pada Rabu yang tamat pukul 6 petang, pihaknya belum menemui sebarang petunjuk kedudukan Lau tetapi kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux miliknya masih berada dilokasi yang ditinggalkan.

Beliau berkata pelbagai barang milik Lau di dalam kenderaan itu tidak terusik kerana kunci dipercayai ada  pada lelaki itu.

Beliau berasal dari Negeri Sembilan.

Dalam kejadian  kira-kira pukul 2.30 petang Isnin lepas, Lau bersama dua penduduk Orang Asli masuk ke kawasn hutan simpan berkenaan untuk meninjau bagi kerja mengukur sempadan.

Pandu Amat, 45, bersama anak lelakinya menyedari kehilangan mangsa ketika perjalanan keluar dari hutan itu pukul 5 petang apabila mendapati Lau tidak berada di kenderaan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Hutan Simpan Lebir

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan