Penyelewengan Dana: Tiga Lagi Direman - Berita Jenayah | mStar

Penyelewengan Dana: Tiga Lagi Direman

Diterbitkan: Selasa, 10 Oktober 2017 3:13 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Tiga lagi individu direman bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana RM180 juta berkaitan projek luar bandar di Sabah.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus mengeluarkan perintah reman selama lima hari mulai Selasa terhadap ketiga-tiga mereka selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya  Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketiga-tiga mereka yang merupakan pemimpin daripada dua buah parti ditahan oleh SPRM pada Isnin.

Sebelum ini, tiga individu ditahan bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana projek luar bandar sejumlah RM180 juta iaitu sebahagian daripada RM1.5 bilion dana yang dianggarkan diselewengkan dalam sebuah kementerian.

Dana RM1.5 bilion itu adalah sebahagian peruntukan kerajaan pusat melalui sebuah kementerian berjumlah RM7.5 bilion untuk melaksanakan projek luar bandar di Sabah bagi tempoh 2009 hingga 2015. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: reman , SPRM
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan