Lagi Pusat Tahfiz Hangus Dijilat Api

Diterbitkan: Isnin, 9 Oktober 2017 6:22 PM

Aras dua Pusat Tahfiz al-Quran Fahd Ikhlas Enterprise hangus dijilat api.

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

PETALING JAYA: Kejadian kebakaran melibatkan asrama penginapan pusat tahfiz berlaku sekali lagi, kali ini menyaksikan Pusat Tahfiz al-Quran Fahd Ikhlas Enterprise di Klang, Selangor hangus dijilat api, petang Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang, Zaidi Ahtan berkata kebakaran itu bagaimanapun tidak mengakibatkan kecederaan mahupun kehilangan nyawa oleh kerana ketika kejadian, kesemua pelajar tahfiz itu berada di aras bawah.

Kebakaran yang melibatkan asrama tahfiz dua tingkat yang terletak berhadapan dengan Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang itu menyebabkan empat bilik asrama yang terletak di aras atas musnah.

"Bomba dapat panggilan berhubung kejadian itu kira-kira 2.45 petang dan tiba di lokasi kira-kira lima minit kemudian.

"Dilaporkan ketika kejadian, 25 pelajar lelaki  dan dua guru yang menghuni di asrama itu berada di tingkat bawah mengikuti kelas mengaji," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Pihak bomba berusaha untuk memadamkan api yang berlaku di tingkat dua asrama berkenaan.

Penduduk setempat menyaksikan operasi memadam api oleh pihak bomba.

Beliau berkata kebakaran yang berpunca dari bilik tengah asrama tersebut dapat dipadamkan sepenuhnya kira-kira 20 minit kemudian.

Seramai 20 anggota dari tiga balai bomba dikejarkan ke tempat kejadian bagi memadamkan kebakaran.

Tiga balai tersebut adalah Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Pinang, BBP Kota Raja dan BBP Kapar.

Tags / Kata Kunci: kebakaran pusat tahfiz

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan