Buat Maksiat Di Pulau, 23 Ditahan

Diterbitkan: Ahad, 8 Oktober 2017 2:31 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Pasangan muda didapati menjadikan pulau-pulau di negeri ini untuk melakukan maksiat.

Dalam serbuan di Pulau Redang pada Jumaat malam hingga pagi Sabtu lalu, turut didapati seorang wanita sanggup berada bersama tiga orang lelaki di dalam sebuah bilik.

Serbuan itu yang dilakukan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) bersama Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) telah menahan 23 orang individu, 13 orang daripadanya lelaki dan selebihnya wanita yang kesemuanya berusia antara 20 hingga 39 tahun.

Pihak media yang turut mengikuti operasi tersebut mendapati mereka mendakwa mereka merupakan pasangan yang sedang bertunang dan akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi selain  ada yang mendakwa mereka merupakan adik beradik, namun menukar pengakuan apabila kad pengenalan mereka diperiksa.

Daripada jumlah yang ditahan itu, seramai 21 orang bakal didakwa di bawah Seksyen 31 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhalwat dan dua orang lagi di bawah Seksyen 34 enakmen yang sama kerana berkelakuan kurang sopan di tempat awam.

Mereka  boleh  didenda maksimum  RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Datuk Wan Mohd  Wan Ibrahim memberitahu Bernama JHEAT akan sentiasa melakukan pemantauan aktiviti yang bercanggah dengan ajaran Islam di  pulau-pulau di Terengganu dari  semasa ke semasa.

“Jangan  cuba jadikan pulau-pulau di Terengganu sebagai lokasi untuk golongan muda melakukan maksiat bagi mengelakkan diri daripada dicekup oleh pihak berkuasa. Tindakan sedemikian hanya akan memburukkan imej pulau di Terengganu,” katanya.

Beliau turut menyeru supaya ibu bapa mengawasi dan memberi perhatian kepada pergerakan anak-anak mereka agar tidak sewenang-wenangnya pergi ke pulau-pulau bersama-sama rakan yang bukan muhrim yang mampu mendorong berlakunya perkara menyalahi undang-undang Syariah. - BERNAMA  

Tags / Kata Kunci: maksiat , pulau

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan