Maut Apabila Kenderaan Dinaiki Dihempap Pokok

Diterbitkan: Ahad, 8 Oktober 2017 8:00 AM

Orang ramai membantu mengeluarkan mangsa tersepit.

(Ubah saiz teks)

KUALA NERUS: Dua lelaki termasuk seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut, manakala tiga lagi parah setelah kenderaan yang dinaiki mereka dihempap sebatang pokok di Jalan Batu Rakit berdekatan Kampung Mengabang Lekar, di sini, Sabtu.

Dalam kejadiaan penuh tragis yang berlaku kira-kira pukul 1 petang itu, sebuah van dinaiki tiga mangsa dan sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang dinaiki dua wanita dihempap pokok secara tiba-tiba ketika melalui kawasan berkenaan.

Mangsa yang maut merupakan pemandu van Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Batu Rakit, Mohd Amin Ibrahim, 36, dan Muhammad Zulfahmi Abd Halim, 17, manakala seorang lagi mangsa yang turut berada dalam kenderaan sama terselamat, namun mengalami kecederaan parah.

Dua wanita yang menaiki kereta jenis Perodua Kancil dilaporkan turut mengalami kecederaan parah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerus, Yusmizan Yusof berkata, pihaknya tiba di lokasi kejadian pada pukul 1.23 petang bersama 13 anggota sebaik menerima panggilan kecemasan.

"Sebaik menerima panggilan mengenai kejadian pada jam 1.03 minit, enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerus dan tujuh daripada balai Kuala Terengganu bergegas ke lokasi kejadian.

"Pihak kami mengambil masa kira-kira satu jam untuk mengeluarkan kelima-lima mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas menyelamat.

Keadaan kenderaan yang remuk teruk.

"Keadaan cuaca ketika kemalangan adalah panas dan berada dalam keadaan baik,"katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner, Idris Abd Rafar mengesahkan kejadian berkenaan akibat bencana dan mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

"Pada awalnya kita menerima laporan mengatakan ada kemalangan, namun sebaik anggota kita tiba di lokasi mendapati ia disebabkan pokok tumbang yang menghempap kedua-dua kenderaan itu.

"Dua mangsa maut disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala, manakala tiga lagi mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan lanjut," katanya.

Dalam pada itu, denyut nadi Mohd Nasir Muda bagaikan terhenti seketika sebaik menerima panggilan mengatakan van yang dipandu Mohd Amin terlibat dalam kemalangan.

Lebih mengejutkan lagi, kemalangan itu berlaku tidak jauh daripada kawasan sekolah.

"Van yang dipandu Mohd Amin bergerak keluar daripada kawasan sekolah kira-kira jma 12.55 dan tidak lama selepas itu saya terima panggilan mengatakan mereka kemalangan.

"Sejurus itu saya segera ke lokasi dan sama sekali tidak menyangka kemalangan sebegini teruk," katanya yang turut berkhidmat sebagai pemandu di sekolah berkenaan.

Menurut Mohd Nasir lagi, van yang dipandu Mohd Amin dalam perjalanan ke salah sebuah hotel di Kuala Terengganu untuk menghantar dua pelajar itu menghadiri program persediaan SPM. - Sinar Online

Tags / Kata Kunci: hempap pokok , kemalangan

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan