Empat Penunggang Motosikal Maut Kemalangan - Berita Jenayah | mStar

Empat Penunggang Motosikal Maut Kemalangan

Diterbitkan: Ahad, 8 Oktober 2017 1:03 PM

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Empat penunggang motosikal maut dalam kejadian kemalangan berasingan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, awal pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi, mangsa berusia 23 tahun yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC dipercayai telah melanggar belakang sisi kanan sebuah kereta jenis Perodua Axia di lorong kedua di Kilometer 301.5 lebuhraya berkenaan.

“Akibat kejadian itu, pemandu kenderaan berkenaan dipercayai hilang kawalan, lalu kenderaan yang dinaikinya berpusing sekali seterusya dilanggar oleh enam penunggang motosikal lain yang tidak sempat mengelak,” katanya.

Katanya, penunggang motosikal berusia 23 tahun itu meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Manakala seorang lagi penunggang motosikal lain telah meninggal dunia di Hospital Serdang, lima mangsa termasuk pemandu kereta berkenaan mengalami kecederaan dalam kemalangan itu,” katanya.

Kenderaan yang terlibat telah di bawa ke balai dan ditahan untuk di bawa ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) untuk siasatan lanjut.

Dalam kes berasingan, dua penunggang motosikal lain maut dalam kemalangan di Kilometer 302 di lebuhuraya sama.

Ahmad Dzaffir berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 2.20 pagi itu, motosikal yang dinaiki oleh mangsa berusia 26 dan 16 tahun itu melalui haluan yang sama.

“Berdasarkan keterangan saksi ditempat kejadian penunggang motosikal berusia 16 tahun itu dipercayai melanggar sisi kiri motosikal yang dinaiki oleh seorang lelaki berusia 26 tahun.

“Akibat perlanggaran tersebut kedua-dua penunggang motosikal berkenaan mengalami cedera parah dan maut di tempat kejadian,” katanya.

Kesemua mangsa yang maut dibawa ke Hospital Serdang untu bedah siasat.Kedua-da kes kemalangan itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Sinar Online

Tags / Kata Kunci: kemalangan , motosikal
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan