Feri Angkut Dadah Ke Langkawi

Diterbitkan: Ahad, 8 Oktober 2017 1:49 PM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Siapa sangka Langkawi yang merupakan destinasi pelancongan terkenal, namun merupakan daerah di Kedah yang mencatatkan jumlah tangkapan tertinggi bagi kes penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner, Dr Che Ghazali Che Awang berkata seramai 758 orang diberkas dalam tempoh antara Januari dan September tahun ini dengan 118 orang disyaki terlibat mengedar dadah.

Beliau berkata siasatan terhadap 593 kes yang dicatatkan setakat ini, heroin merupakan dadah paling banyak dirampas.

Turut mengejutkan apabila perkhidmatan feri yang berulang-alik antara tanah besar dan pulau ini dilaporkan turut menjadi mode  pengangkutan dadah.

“Kita telah mengenal pasti feri-feri ini menjadi laluan yang sering digunakan untuk membawa masuk dadah ke Langkawi sama ada dari Kuala Kedah, Kuala Perlis atau pun Satun (Thailand),” katanya.

Sehubungan itu Che Ghazali berkata pihak polis telah menjalankan operasi ujian saringan dadah dalam kalangan pekerja syarikat feri.

Beliau berkata cadangan untuk memasang sebuah lagi alat pengimbas telah dikemukakan kepada pihak pengurusan Jeti  Penumpang Kuah bagi mengimbas penumpang yang baru tiba.

“Setakat ini hanya ada sebuah alat pengimbas yang dipasang di laluan keluar pulau melalui jeti dan dengan adanya sebuah lagi alat pengimbas di laluan masuk, kita dapat membendung kemasukan bahan terlarang ini ke Langkawi,” katanya.

Beliau berkata kejayaan Polis Langkawi membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah menerusi program berterusan Jihad Perangi Dadah turut menyumbang kepada penurunan kes yang dikategorikan di bawah jenayah indeks.

“Jenayah ini  termasuk mencuri, pecah rumah, menyamun dan jenayah kekerasan yang mencatatkan penurunan kira-kira 14 peratus dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas.

“Antara Januari dan September tahun ini, sebanyak 298 kes di bawah Jenayah Indeks dicatatkan berbanding 342 kes yang dilaporkan (pada tempoh yang sama) tahun lepas.” katanya.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Langkawi , Dr Che Ghazali

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan