Reman Jurulatih Renang Disambung Lima Hari

Diterbitkan: Sabtu, 7 Oktober 2017 2:22 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Reman seorang jurulatih disambung lima hari lagi bagi membantu siasatan kes atlet penerjun wanita mendakwa diperkosa di Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil, di sini, 26 September lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Rusdi Md Isa, berkata, jurulatih itu direman sehingga Rabu depan.

“Tambahan tempoh reman ini bagi membolehkan kita jalankan siasatan dengan terperinci.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.

Terdahulu, dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang, mangsa dikatakan sedang berehat di tepi kolam di kompleks sukan terbabit.

Mangsa kemudiannya diarahkan ke 'dry gym' untuk mengambil kerusi dengan ditemani seorang jurulatih untuk membantunya.

Bagaimanapun dalam ‘dry gym’ itu, mangsa telah diarahkan oleh suspek untuk menemaninya sebelum dia dipeluk.

Mangsa menolak namun suspek bertindak di luar kawalan apabila menariknya ke dalam tandas.

Dikatakan, atlet itu diperkosa dan diugut supaya tidak memberitahu kejadian terbabit kepada sesiapa.

Susulan kejadian itu, mangsa dan keluarganya membuat laporan di Balai Polis Sri Petaling, di sini. - Sinar Online

Tags / Kata Kunci: reman , jurulatih renang

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 4:12 PM

Mujur Tak Kena Langgar

Selasa, 24 Oktober 2017 2:47 PM

Nampak Mayat Bergelimpangan...

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Selasa, 24 Oktober 2017 8:30 AM

Penangan Ketam Raja

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Kolumnis

iklan

Iklan