Polis Cari Ustaz Zubir Bantu Siasatan

Diterbitkan: Jumaat, 6 Oktober 2017 4:16 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan seorang lelaki berusia 50 tahun yang dikenali sebagai ‘Ustaz Zubir' bagi membantu siasatan kes penipuan jualan rumah melibatkan DBI Properties dan Syarikat Juta Kelulut Global Resources (SJKGR).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata lelaki itu dikehendaki untuk melengkapkan siasatan kes berkenaan.

Setakat ini laporan polis berhubung kes itu bertambah daripada 188 kepada 210 melibatkan nilai kerugian mencecah RM6.8 juta dan sebanyak 18 kertas siasatan telah dibuka, katanya pada sidang media, Jumaat.

Beliau berkata setakat ini pihaknya telah menahan seorang wanita dan tiga lelaki termasuk seorang pelakon, Boy Iman atau nama sebenarnya Datuk Noruliman A. Rahman, 37.

Acryl Sani berkata polis juga akan memohon lanjutan perintah reman ke atas keempat-empat suspek yang tamat bagi membantu  siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Sementara itu, Acryl Sani berkata pihaknya menahan lima lelaki dipercayai terlibat dalam menghasilkan cakera padat (CD) video/video digital (VCD/DVD) cetak rompak sekitar Lembah Klang pada Isnin lepas.

Dalam operasi yang dilakukan kira-kira 10 pagi itu, polis turut merampas 23 pembakar CD dan 100,688 keping VCD/DVD tanpa sijil B dengan anggaran nilai rampasan melebihi RM800,000.

Katanya, kesemua suspek yang ditahan berusia antara 35 dan 48 tahun dipercayai aktif melakukan kegiatan berkenaan sejak tujuh bulan lalu untuk dipasarkan di sekitar Johor, Sabah dan Sarawak.

"Siasatan mendapati sindiket ini boleh membuat pengeluaran sebanyak 1,000 keping sehari dengan sekeping VCD/DVD  dijual kepada pelanggan dengan anggaran harga RM8 dan DVD Blu-ray dianggarkan RM20 sekeping," katanya.

Kesemua suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 6 (1) Akta Penapisan Filem 2002 kerana memiliki VCD/DVD yang tidak mempunyai sijil B, Seksyen 11 (2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan Seksyen 18 (4) Akta Penapisan Filem 2002. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Ustaz Zubir

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan