Skim Pelaburan Penipu, RM4.4 Bilion Lesap

Diterbitkan: Jumaat, 6 Oktober 2017 3:43 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerugian kira-kira RM4.4 bilion melibatkan 24 penipuan skim pelaburan dilaporkan di negara ini sejak Julai 2013 hingga September lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata dalam tempoh berkenaan, pihaknya menerima lebih 2,500 laporan membabitkan 1.7 juta mangsa bagi kes penipuan berkenaan.

"Kami telah mengingatkan orang ramai banyak kali supaya jangan mudah terpengaruh dengan skim begini kerana tiada satu pelaburan yang dapat memberikan pulangan tinggi dalam masa singkat," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, hari ini.

Beliau berkata pihaknya juga menahan dua lelaki dan seorang wanita tempatan berusia di antara 30 hingga 36 tahun dipercayai terlibat dengan penipuan skim pelaburan 'Krubal' di dua lokasi di ibu negara dan Pulau Pinang semalam.

Polis menerima 105 laporan  berhubung kes berkenaan dan dianggarkan kira-kira 1,500 hingga 2,000 orang menjadi mangsa dengan kerugian pelaburan berjumlah RM788,901.

Acryl Sani berkata suspek menawarkan pelaburan barangan kosmetik melalui aplikasi WhatsApp dan laman sosial Facebook dengan mengambil deposit daripada mangsa untuk dilaburkan dalam sebuah syarikat tempatan.

"Pakej pelaburan yang ditawarkan oleh suspek adalah di antara RM350 hingga RM55,000 dan pulangan tinggi dijanjikan kepada pelabur iaitu melebihi 100 peratus selepas tiga bulan selain hadiah emas dengan berat tertentu," katanya.

Beliau berkata pihaknya turut menahan 11 lelaki dan dua wanita Afrika yang dipercayai terlibat dengan sindiket penipuan  'African Scam' dalam empat Op Tiong ilakukan bermula 27 Sept lepas sehingga semalam di sekitar ibu negara.

Menurutnya sebanyak 35 laporan polis diterima melibatkan kes berkenaan dengan nilai kerugian kira-kira RM941,700.

“Hasil siasatan mendapati sindiket ini bergiat aktif melakukan penipuan bukan sahaja di negara ini tetapi turut mencari mangsa di Singapura, Amerika Syarikat dan Australia,” katanya.

Kesemua suspek berusia di antara 25 hingga 35 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.   Sejak Januari hingga September lepas, sebanyak 1,719 laporan kes mengenai ‘African Scam' diterima melibatkan kerugian RM66 juta.

Tags / Kata Kunci: Polis , skim pelaburan

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan