Bongkar 19 Makmal Dadah, Buka 2,692 Kes - Berita Jenayah | mStar

Bongkar 19 Makmal Dadah, Buka 2,692 Kes

Diterbitkan: Isnin, 2 Oktober 2017 6:30 PM

Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Roslee Chik dan Ketua Bahagian Pemasaran Serantau Kualiti Alam Sdn Bhd, Dave Chee (dua dari kanan) pada Majlis Pemusnahan Barang Kes Narkotik di Stor Berpusat Kontinjen Seberang Perai Utara (SPU), Isnin.

(Ubah saiz teks)

KEPALA BATAS: Polis berjaya membongkar 19 makmal dadah dan membuka kertas siasatan sebanyak 2,692 kes membabitkan pengedar dadah di negeri ini pada 2015 dan 2016.

Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Roslee Chik berkata sepanjang tempoh yang sama, pihaknya merampas 520.3 kilogram (kg) pelbagai jenis bahan terlarang itu dan 581,81,76 biji pil Eramin 5.

"Sepanjang tempoh dua tahun itu, 354.6kg dadah jenis heroin, syabu (94.1kg), pil ecstasy (23.5kg) dan ketamin seberat 48.1kg dirampas. Ini menunjukkan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang telah menunjukkan prestasi yang begitu baik.

"Saya berharap JSJN akan terus mengekalkan prestasi itu untuk terus cemerlang dalam usaha membendung kegiatan menghasilkan dan mengedar dadah di Pulau Pinang," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Barang Kes Narkotik Kontinjen Pulau Pinang, di sini, Isnin.

Pada majlis itu, Roslee mewakili polis Pulau Pinang menyerahkan 98.3kg dadah jenis ganja, syabu, ketamin dan heroin serta 567,460 pelbagai pil dadah bernilai lebih RM10 juta kepada syarikat Kualiti Alam Sdn Bhd untuk dilupuskan.

"Selain dadah, terdapat juga bahan-bahan kimia yang digunakan untuk memproses dadah dimusnahkan. Semua dadah dan bahan kimia berkenaan melibatkan 891 kertas siasatan sejak 2000 hingga 2016 serta telah mendapat perintah mahkamah untuk dilupuskan," katanya.

Dalam pada itu, Roslee berkata polis juga mengambil tindakan ke atas 'street pushers' (pengedar kecil) yang bertindak sebagai ejen kepada pengedar dadah dan 2,979 orang ditahan dan didakwa sejak Januari tahun ini hingga semalam dalam usaha pihaknya memastikan kegiatan mereka dikurangkan ke tahap minimum.

Beliau berkata pihaknya turut memberi perhatian dalam mengurangkan permintaan terhadap dadah dan sepanjang tempoh yang sama, 4,278 penagih dadah ditahan.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Roslee Chik
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan