Anggota Meninggal Dunia, TLDM Teliti SOP Latihan Fizikal

Diterbitkan: Sabtu, 30 September 2017 11:37 AM

Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menubuhkan satu Lembaga Siasatan bagi meneliti prosedur operasi standard (SOP) susulan dua anggotanya meninggal dunia ketika menjalani latihan fizikal, Jumaat.

TLDM dalam satu kenyataan hari ini berkata punca sebenar kematian itu masih dalam siasatan polis dan pihaknya akan memberi kerjasama sepenuhnya bagi mencari punca sebenar kejadian.

“Lembaga Siasatan ini akan meneliti SOP sedia ada dan sekiranya terdapat pelanggaran terhadap SOP tersebut, TLDM tidak akan berkompromi atau melindungi individu yang melanggari prosedur semasa melaksanakan tugas,” kata kenyataan itu.

Pada Jumaat, dua anggota TLDM LK I PNK Mohd Baihaqy Nik Mat, 28, dan LK I TLS Muhammad Lailatulman Mohd Sukri, 26, meninggal dunia di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan, Perak ketika menjalani latihan fizikal di kem berkenaan.

Kenyataan itu berkata ketika menjalani latihan tersebut, anggota berkenaan mengadu kepenatan dan direhatkan sebelum mengalami muntah dan sesak nafas.

“Mereka telah diberikan rawatan awal oleh petugas pusat tahanan dan panggilan kecemasan telah dibuat. Kedua-dua anggota telah disahkan meninggal dunia oleh petugas paramedik yang tiba pada 3.15 petang.

“Hasil pemeriksaan awal doktor bertugas terhadap kedua-dua anggota itu tidak menunjukkan sebarang  kesan pukulan atau penderaan fizikal pada anggota badan mangsa,” kata kenyataan itu.

Tags / Kata Kunci: TLDM , Latihan Fizikal

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan