Sanjeevan Bebas Tuduhan Hina Khalid Abu Bakar

Diterbitkan: Selasa, 26 September 2017 2:36 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa melepaskan  dan membebaskan Pengerusi Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) Datuk R.Sri Sanjeevan daripada pertuduhan menghina bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, di laman Facebooknya.

Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar memutuskan untuk tidak memanggil Sanjeevan membela diri atas pertuduhan menghantar komen jelik terhadap Khalid yang ketika itu Ketua Polis Negara,  selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

"Tertuduh dengan ini dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan," kata hakim.

Pihak pendakwaan memanggil empat saksi pada  perbicaraan kes itu yang bermula Mei tahun ini.

Sanjeevan, 33, yang juga ahli perniagaan didakwa telah menggunakan perkhidmatan aplikasi melalui laman profil Facebooknya di pautan https://www.facebook.com/MalaysianCrimeWatchMyWatch secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komen jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain yang telah dibaca pada 11.30 pagi,  5 Sept 2016.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di alamat kiosk kawasan USJ1 Subang Jaya pada 1.48 tengah hari petang, 3 Sept lepas mengikut Seksyen 233(3) Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun dan boleh didenda selanjutnya RM1,000, bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas disabitkan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Lokman Kasim manakala tertuduh diwakili peguam S. Prakash.

Tags / Kata Kunci: Sanjeevan , Polis

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan