Penunggang Lawan Arus Maut Langgar Kereta - Berita Jenayah | mStar

Penunggang Lawan Arus Maut Langgar Kereta

Diterbitkan: Selasa, 26 September 2017 7:47 PM

(Ubah saiz teks)

BUTERWORTH: Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggang secara melawan arus melanggar sebuah kereta di Kilometer 0.9 susur Jambatan Pulau Pinang arah George Town, di sini Selasa.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata dalam kemalangan pukul 12 tengah hari itu, Ng Kong Cheong, 53, menunggang motosikal secara melawan arus dari George Town menghala Perai melanggar sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 39 tahun dari arah bertentangan.

"Kereta jenis Honda Accord itu tidak sempat mengelak motosikal mangsa dan berlaku pelanggaran menyebabkan penunggang motosikal berkenaan terpelanting, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan mati di tempat kejadian," katanya.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat.

Polis masih menyiasat punca sebenar lelaki yang berasal dari Taman Chai Leng, di sini dan bekerja sendiri itu menunggang melawan arus.

Kemalangan itu turut menyebabkan kesesakan teruk kira-kira lima kilometer di laluan berkenaan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: motosikal , kemalangan
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan