Ops Lejang: Pelajar Antara Sembilan Lelaki Ditahan

Diterbitkan: Isnin, 25 September 2017 9:45 PM

Gambar hiasan motosikal curi.

(Ubah saiz teks)

PADANG BESAR: Seorang pelajar Tingkatan Empat yang dipercayai mencuri sebuah kereta serta lapan lagi yang mencuri motosikal diberkas polis dalam ‘Ops Lejang' di negeri ini dalam masa lima hari bermula 19 September hingga Sabtu lepas.

Ketua Polis Perlis, Datuk Azisman Alias berkata pelajar sebuah sekolah menengah di Padang Besar itu mencuri sebuah kereta di sebuah rumah di Bukit Ketri di sini semasa pemiliknya bekerja di Alor Setar  pada 15 Ogos lepas.

“Pelajar itu diberkas di rumah keluarganya di Bukit Ketri pada 19 Sept setelah sempat menggunakan kereta tersebut menggunakan nombor pendaftaran palsu selama seminggu sebelum meninggalkannya di stesen keretapi Bukit Ketri,” kata Azisman pada sidang media di sini, Isnin.

Beliau berkata lapan lelaki lain termasuk seorang remaja berumur 14 tahun hingga 27 tahun yang dipercayai mencuri 13 buah motosikal turut diberkas dalam operasi tersebut di Kuala Perlis dan Beseri.

“Semua suspek terbabit berkerjasama dalam kegiatan mereka termasuk pelajar tersebut,” kata Azisman sambil menambah hasil soal siasat membawa kepada penemuan sembilan rangka motosikal yang telah dileraikan di dalam sungai Tambun Tulang, Arau.

Azisman berkata polis juga merampas empat buah motosikal pelbagai jenis dengan penangkapan lelaki tersebut.Katanya kumpulan tersebut bergerak aktif pada waktu malam sehingga awal pagi dalam melakukan jenayah curi motosikal di kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti.

Saringan ujian air kencing mendapati lima daripada mereka positif dadah jenis syabu.

Kesemua suspek pada awalnya direman empat hari dan dilanjutkan tiga hari lagi bermula dari tarikh tangkapan pada 22 Sept bagi membantu siasatan, katanya.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Ops Lejang

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan