16 Suspek Judi Siber Ditahan

Diterbitkan: Sabtu, 23 September 2017 1:42 PM

(Ubah saiz teks)

MIRI: Polis menahan 16 suspek, dipercayai terlibat kegiatan judi siber, dalam dua operasi berasingan di Bandaraya Miri petang Jumaat, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak Datuk Dev Kumar berkata walaupun operator menjalankan operasi secara sulit dan pada waktu yang tidak tetap, polis Miri tetap berjaya menghidu kegiatan mereka.

“Serbuan pertama pada 6 petang, Jumaat, sepasukan anggota JSJ Miri diketuai Insp Nasrul Hadi Jahat melakukan operasi di tingkat satu premis, Jalan Desa Indah, Bandar Baru Permyjaya,” katanya dalam kenyataan di sini Sabtu.

Dev berkata dua lelaki warga asing yang merupakan penjaga tempat itu ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan manakala lapan kaki judi lelaki berusia 20 hingga 50 tahun juga diberkas.

“Wang tunai RM618 dipercayai hasil daripada aktiviti perjudian itu, 10 komputer riba yang digunakan untuk judi siber dan peranti WiFi turut dirampas.

Menurut Dev, dalam serbuan kedua mendapati sekumpulan individu sedang leka berjudi dalam talian, dalam sebuah bilik terletak di belakang kafe di Jalan Pasar Lutong.

“Operasi pada 7 malam itu diketuai ASP Unang Giang daripada CID Miri dan polis menahan dua wanita berusia 35 dan 41 tahun iaitu penjaga premis tersebut, empat lelaki berusia 35 hingga 50 yang merupakan pelanggan di situ,” katanya.

Dev berkata sembilan komputer meja, 10 komputer riba, peranti WiFi dan wang tunai RM370 turut dirampas dalam operasi itu.

“Kesemua suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret bagi mendapatkan perintah reman pagi ini dan kedua-dua kes itu disiasat mengikut Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 dan Akta Imigresen,” katanya.

Beliau berkata pembanterasan judi siber di Sarawak tidak akan berakhir sebaliknya polis akan terus menahan operatornya bukan sahaja di sini malah di bandar lain di Sarawak. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: judi siber

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan