Pusat Tahfiz Sengaja Dibakar - KP Bomba - Berita Jenayah | mStar

Pusat Tahfiz Sengaja Dibakar - KP Bomba

Diterbitkan: Khamis, 21 September 2017 12:32 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kuala Lumpur pada Khamis lalu berpunca daripada perbuatan sengaja dibakar, kata Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim.

Beliau berkata, kebakaran didapati bermula di pintu masuk bilik asrama aras tiga berdasarkan keterangan saksi, keterangan mangsa terselamat dan disokong dengan kesan kebakaran di hadapan pintu masuk seperti pengelupasan pada dinding berdekatan pintu, kehilangan jisim pada pintu, siling, almari dan rak kasut.

Kesan kebakaran pada dinding sekeliling pintu masuk bilik asrama juga menguatkan lagi bukti tempat bermulanya kebakaran di pintu tersebut, katanya.

"Kebakaran di pusat tahfiz berkenaan dipercayai disebabkan api yang dinyalakan menggunakan petrol yang dicurahkan pada rak tuala, rak kasut dan dinding di hadapan pintu masuk bilik asrama di aras tiga bangunan itu," katanya dalam sidang media di sini, Khamis berhubung insiden kebakaran di pusat tahfiz itu.

Kebakaran itu meragut nyawa 23 orang melibatkan 21 pelajar dan dua guru yang juga warden pusat tahfiz itu. - Bernama


   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan