Kebakaran Tahfiz: Siasatan Hampir Selesai

Diterbitkan: Rabu, 20 September 2017 2:58 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Siasatan pihak polis berhubung kes kebakaran pusat tahfiz di ibu negara Khaamis lepas yang mengorbankan 21 pelajar dan dua guru hampir selesai, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Beliau berkata cuma beberapa pihak lain seperti Tenaga Nasional Berhad, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Jabatan Kimia memerlukan sedikit masa untuk menyiapkan laporan mereka.

"Sebaik kesemua laporan siap, kertas siasatan akan diserahkan kepada pihak pendakwa raya untuk tindakan seterusnya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Hari Inovasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2017 di Kampus Kota Universiti Malaysia Kelantan di Pengkalan Chepa, Rabu.

Beliau juga berkata siasatan pasukan khas bagi menyiasat kebocoran maklumat  dan perincian penyiasatan kes berkaitan kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah itu berjalan lancar.

Pihak polis memandang serius perkara itu selepas fakta kes dan maklumat sulit tentang penahanan suspek serta beberapa gambar mereka menjadi tular di media sosial, katanya.

Tujuh suspek yang dipercayai terbabit dengan kejadian itu telah ditahan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: kebakaran , tahfiz

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan