Lelaki Pukul Warga Emas Serah Diri

Diterbitkan: Isnin, 18 September 2017 10:02 PM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Seorang lelaki yang memukul jirannya dengan rotan bersaiz besar dan lelaki yang merakamkan insiden itu telah menyerah diri kepada polis.

Kedua-dua lelaki itu yang masing-masing berusia 38 dan 39 tahun dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara di Kapar dekat sini oleh Pengasas Komuniti Kepolisian Malaysia, Kuan Chee Heng kira-kira pukul 2 petang Isnin.

"Saya menemani mereka untuk bertemu dan meminta maaf kepada mangsa pada malam Ahad. Mangsa telah pun memaafkan mereka," katanya ketika ditemui di luar perkarangan ibu pejabat polis daerah dekat sini.

Kuan berkata insiden itu berpunca daripada salah faham yang tercetus akibat perang mulut sehingga berlakunya kemarahan fizikal.

"Dua lelaki itu tidak pernah cuba melarikan diri, sebaliknya mereka menghubungi saya untuk meminta bantuan. Namun mencederakan seseorang merupakan satu jenayah dan mereka bersetuju untuk menyerah diri," katanya.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan mengesahkan dua lelaki itu dibawah tahanan polis.

"Kami belum mengambil sebarang bukti berkaitan kes itu dan kedua-dua suspek itu akan direman pada Selasa," katanya.

Kes disiasat dibawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau lain-lain benda yang merbahaya dan Seksyen 448 kerana melakukan seksaan bagi pencerobohan rumah.

Dalam insiden pada 6 September lalu, mangsa, Khor Meng Heong, 52, menegur isterinya di rumah mereka sebelum dua lelaki itu dipercayai masuk campur.

Video lelaki itu dipukul dengan kejam telah tersebar meluas menerusi media sosial.

Klip video satu minit 44 saat menunjukkan seorang wanita dan kanak-kanak yang dalam ketakutan menyaksikan serangan itu.

Mangsa kemudiannya dipaksa melulut di depan penyerang sebelum dipukul lagi dengan rotan berulang kali pada badan dan kakinya.

Tags / Kata Kunci: Kuan Chee Heng

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan