Suami Isteri Ditahan Bersama 1,994 Pil Kuda

Diterbitkan: Jumaat, 15 September 2017 6:41 PM

Contoh pil kuda. - Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

BESUT: Sepasang suami isteri berusia 27 tahun ditahan setelah polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) menemui sejumlah 1,994 biji pil kuda bernilai RM19,940 daripada mereka awal pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Mohd Zamri Mohd Rowi memberitahu bertindak atas maklumat pihaknya telah berjaya mengesan kereta jenis Proton Wira Aeroback yang dinaiki kedua-dua suspek dan berjaya menahannya di pekan Alor Lintang kira-kira jam 1.00 pagi.

Katanya, ketika membuat pemeriksaan ke atas suspek , polis telah menemui 10 bungkusan daripada plastik berwarna biru dari isteri suspek yang duduk di bahagian hadapan pemandu.

“Apabila membuat pemeriksaan teliti terhadap bungkusan itu, polis telah menemukan sejumlah 1,994 pil dadah (kuda) seberat 197.95 gram yang dianggarkan bernilai RM19,940”, katanya kepada media di sini, Jumaat.

Menurutnya, kedua suspek kemudiannya telah di bawa ke Ibu Pejabat Polis Besut untuk pemeriksaan lanjut dan untuk ditahan reman di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 bermula Jumaat.

Mohd Zamri seterusnya memberitahu pasangan itu yang mempunyai tiga orang anak berumur empat hingga 10 tahun itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan negatif ujian air kencing.

"Polis turut merampas daripada kedua suspek ialah wang tunai bernilai RM3,000 dan barang-barang kemas yang dianggarkan bernilai RM20,000 serta kereta mereka turut disita," katanya. - Bernama

Tags / Kata Kunci: pil kuda

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan