Abang, Bapa Didakwa Rogol Darah Daging

Diterbitkan: Jumaat, 15 September 2017 7:00 PM

Tiada jaminan ditawarkan kepada kedua-dua suspek. - Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang bapa dan anak lelakinya didakwa di dua Mahkamah Sesyen berasingan di Ampang di sini, pada Jumaat atas pertuduhan merogol darah daging mereka sendiri, lima tahun lepas.

Bapa yang berusia 44 tahun dan anak lelakinya yang berusia 19 tahun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan di hadapan Hakim Syafeera Mohd Said dan Hakim Azrul Darus.

Lelaki itu, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah plaza tol, didakwa merogol anak perempuan kandungnya yang ketika itu berumur di antara 10 tahun dan 12 tahun, di sebuah pangsapuri di Ampang Jaya di sini di antara 2012 dan 2014.

Anak lelakinya iaitu abang mangsa didakwa merogol adik perempuan kandungnya itu di tempat sama pada Disember 2015 ketika mangsa berumur 13 tahun.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum 30 tahun dan dikenakan sebat tidak kurang daripada 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zuhaini Mahamad Amin dan Nadiah Malek Fauzie tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap kedua-dua tertuduh kerana kesalahan itu adalah serius dan tidak boleh dijamin.

"Tiada jaminan ditawarkan mengambil kira mangsa adalah anak tertuduh sendiri. Mangsa juga dirogol oleh abang kandungnya. Saya khuatir mereka akan mengganggu mangsa memandangkan pertalian kekeluargaan yang sangat rapat," kata Ahmad Zuhaini.

Beliau berkata mangsa kini menerima rawatan di sebuah hospital di sini. - Bernama

Tags / Kata Kunci: rogol

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan