Polis Sahkan 22 Maut Dalam Kebakaran Pusat Tahfiz

Diterbitkan: Khamis, 14 September 2017 10:09 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh mengesahkan seramai 22 murid dan dua tenaga pengajar maut dalam kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di sini, awal pagi ini.

Beliau berkata, ketika kejadian seramai 36 pelajar dan enam tenaga pengajar menginap di pusat tahfiz berkenaan.

Menurutnya, apabila berlaku kebakaran seramai 22 pelajar dan dua tenaga pengajar gagal menyelamatkan diri manakala selebihnya dapat diselamatkan.

"Mangsa yang maut terdiri daripada pelajar dan tenaga pengajar yang menginap di tingkat atas bangunan dua tingkat itu.

"Mangsa-mangsa maut selepas terperangkap di tingkat atas bangunan berkenaan kerana terdapat satu pintu atau laluan untuk keluar dan masuk di tingkat bawah.

"Terdapat mangsa yang sempat menyelamatkan diri. Mayat mangsa dikesan di dua bahagian di tingkat atas bangunan berkenaan.

"Tenaga Pengajar yang maut berusia lingkungan 30-an manakala pelajar pula berumur 13 hingga 17 tahun," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Beliau menambah, polis dan pasukan Bomba dan Penyelamat masih meneruskan siasatan.

Kesemua mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur


Tags / Kata Kunci: Pusat Thafiz Terbakar , Keramar , Polis

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan