Bapa Didakwa Rogol Dua Anak

Diterbitkan: Khamis, 14 September 2017 3:50 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Seorang penjual burger didakwa di Mahkamah Sesyen atas 12 pertuduhan merogol dua anak perempuannya sejak 2013 sehingga Ogos tahun ini.

Lelaki berusia 48 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohammad Khalid Ab Karim.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu ke atas kedua-dua anak perempuannya, yang kini berumur 14 dan 18 tahun, secara berasingan pada waktu berbeza antara Mac 2013 sehingga Ogos 2017, di sebuah unit rumah pangsa di Taman Ungku Tun Aminah di sini.

Kesemua pertuduhan itu dibacakan mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman sekurang-kurangnya 10 tahun tetapi tidak melebihi 30 tahun serta sebatan.

Dua lagi pertuduhan turut dibaca bersama Seksyen 16(1) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara maksima 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mohammad Khalid menetapkan tarikh sebutan dan serahkan dokumen pada 15 Oktober ini serta mengarahkan tertuduh melantik peguam untuk membela diri.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Siti Asmah Zainal Ariffin.

Tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin kerana mempunyai hubungan dengan kedua-dua mangsa dan dikhuatiri boleh mendatangkan risiko ke atas mangsa sekiranya diikat jamin. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Rogol Anak

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan