Kenari Rempuh Kedai Mesra Petronas - Berita Jenayah | mStar

Kenari Rempuh Kedai Mesra Petronas

Diterbitkan: Rabu, 13 September 2017 2:03 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Sebuah kereta jenis Perodua Kenari merempuh Kedai Mesra stesen minyak Petronas Bandar Baru Uda dekat sini selepas pemandunya, seorang lelaki warga emas gagal mengawal kenderaan tersebut.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang Selasa, pemandu berusia 71 tahun itu dikatakan baharu selesai mengisi petrol di stesen minyak yang terletak di Jalan Padi Ria.

"Siasatan awal mendapati lelaki itu gagal mengawal kenderaannya ketika mahu meninggalkan stesen minyak tersebut," kata Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad.

Beliau berkata kereta tersebut bergesel dengan motosikal yang sedang mengisi petrol sebelum merempuh dinding kaca premis terbabit.

Kereta itu hanya terhenti selepas merempuh beberapa rak jualan.

Kes sedang disiasat kerana memandu secara berbahaya dan melulu.

Tags / Kata Kunci: Kenari , Kedai Mesra
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan