Ditahan Hina Almarhum Sultan Kedah - Berita Jenayah | mStar

Ditahan Hina Almarhum Sultan Kedah

Diterbitkan: Rabu, 13 September 2017 6:04 PM

Almarhum Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki berusia 21 tahun, kerana didakwa memuat naik 'posting' berunsur penghinaan terhadap Almarhum Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, di media sosial.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, penahanan dibuat kira-kira pukul 12.27 tengah malam di sebuah rumah di Genting Highlands.

“Suspek berusia 21 tahun itu kini direman selama dua hari. Kita turut merampas sebuah telefon bimbit dan komputer riba bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, Rabu.


Acryl berkata, polis juga sedang mengesan seorang lelaki yang didapati memuat naik posting berunsur penghinaan terhadap kemangkatan Almarhum Sultan Kedah.

"Kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.

Acryl turut menasihatkan orang ramai supaya berpeganglah kepada prinsip rukun negara kelima iaitu kesopanan dan kesusilaan.

“Jadilah rakyat yang bertanggungjawab dan berfikirlah sebelum membuat sesuatu. Jangan sesekali menyalahgunakan laman sosial untuk membuat sebarang komen yang dilihat sebagai biadap, kurang ajar atau penghinaan terhadap sesiapapun lebih-lebih lagi terhadap institusi raja serta pemimpin-pemimpin negara," katanya.

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan