Penganggur Maut Kereta Rempuh Pembahagi Jalan Tol - Berita Jenayah | mStar

Penganggur Maut Kereta Rempuh Pembahagi Jalan Tol

Diterbitkan: Selasa, 12 September 2017 2:23 PM

(Ubah saiz teks)

ISKANDAR PUTERI: Seorang penganggur terbunuh setelah kereta yang dinaikinya merempuh pembahagi jalan di Plaza Tol Lima Kedai pada Isnin malam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Noor Hashim Mohammad berkata, lelaki yang dikenal pasti sebagai Chong Yue Sheng, menuju ke Senai dari Gelang Patah ketika kejadian itu berlaku.

Siasatan awal mendapati kenderaan mangsa hilang kawalan sebelum merempuh pembahagi jalan plaza tol kira-kira pukul 11.25 malam.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian kerana cedera parah di kepala dan badan.

Menurut Noor Hashim, mayat mangsa dibawa ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim Kulai untuk dibedah siasat.


Tags / Kata Kunci: Iskandar Puteri
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan