Pasangan Pensyarah UTeM Bebas Reman SPRM

Diterbitkan: Ahad, 10 September 2017 1:03 PM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Sepasang suami isteri yang bertugas sebagai pensyarah di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan direman lima hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa, dibebaskan pada Ahad.

Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Mohd Anuar Ostadi membenarkan suami isteri berusia 35 dan 32 tahun itu, masing-masing dibebaskan dengan jaminan tunai RM3,000 dan RM47,000 tanpa cagaran serta jaminan tunai RM2,000 dan RM8,000 tanpa cagaran dengan seorang penjamin.

Mahkamah turut menetapkan syarat tambahan iaitu kedua-duanya perlu melaporkan diri di pejabat SPRM Melaka setiap bulan.

Terdahulu pasangan itu yang memakai baju lokap SPRM berwarna jingga dengan tangan bergari tiba di Kompleks Mahkamah Melaka di Ayer Keroh pada 10.20 pagi, dan dibawa keluar dari kompleks itu kira-kira 20 minit kemudian selepas prosedur jaminan itu selesai.

Pasangan itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM di sini atas dakwaan menyalahgunakan kuasa dengan mencadangkan kepada pihak pengurusan fakulti untuk memilih syarikat milik mereka bagi pembelian barang makmal serta perkhidmatan untuk penyelidikan membabitkan nilai RM52,000 antara Mac 2015 dan Jun 2016. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: SPRM , UTeM

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan