Lima Kereta Mewah Disimbah Asid

Diterbitkan: Ahad, 10 September 2017 2:41 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Sekurang-kurangnya lima kereta mewah disimbah cecair dipercayai asid di sebuah pusat membeli-belah dan kawasan berdekatan.

Beberapa gambar mengenai kerosakan kesemua kereta terbabit tular di Facebook.

Dua kereta, masing-masing BMW dan Honda Accord dirosakkan di kawasan parkir pusat membeli-belah pada Sabtu.

Tiga lagi kenderaan lain termasuk sebuah kereta Toyota Vellfire dan sebuah kereta Mercedes-Benz pula dirosakkan dekat pusat membelah-belah berkenaan pada Rabu dan Khamis lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Yazri Ismail berkata, seorang wanita berusia 42 tahun membuat laporan diterima pada pukul 12.10 pagi Ahad berhubung insiden tersebut.

"Di dalam laporan itu, wanita terbabit memberitahu dia meletakkan keretanya di kawasan parkir pusat membeli-belah dan mendapati ia telah disimbah asid pada kira-kira pukul 10 malam.

"Kes itu disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan kerosakan," katanya.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan