Polis Rakam Keterangan Wanita 'Stereng-Lock'

Diterbitkan: Ahad, 10 September 2017 1:16 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Polis merakam keterangan wanita yang bertindak mengugut pegawai Majlis Perbandaran Subang Jaya dengan menggunakan pengunci stereng.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, proses itu telah dilakukan pada Sabtu malam.

"Tiada tangkapan dibuat dan kertas siasatan akan dilengkapkan sebelum dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya pada Isnin," katanya.

Beliau berkata, selain wanita berkenaan, kenyataan suaminya juga diambil di mana lelaki itu mempunyak kad OKU yang sah.

Video insiden itu tular sejak petang Jumaat lalu, dipercayai tercetus selepas pegawai berkenaan mengunci tayar kereta wanita terbabit kerana diletakkan secara haram di hadapan sebuah restoran.

Pegawai yang memakai jaket MPSJ itu dengan tenang menjelaskan kepada wanita terbabit bahawa dia telah meletakkan kereta di tempat yang salah.

Walaupun telah dijelaskan tentang kesalahannya, wanita itu terus menjerit sambil menggertak pegawai tersebut menggunakan pengunci stereng.

Kereta itu ditarik ke depot di Puchong sebelum suami wanita berkenaan membayar denda di majlis perbandaran dan meminta maaf atas tingkah laku kasar isterinya.

Tags / Kata Kunci: stereng-lock , MPSJ

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan