Ditahan Tanam Mayat Bayi Kekasih

Diterbitkan: Jumaat, 8 September 2017 2:58 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang wanita mengadu tidak sihat dan pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan tetapi doktor mengesyaki sesuatu tidak kena apabila menemui tanda-tanda dia telah melahirkan anak baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Chong Kok Sin berkata wanita berusia 24 tahun itu menerima rawatan akibat demam di jabatan kecemasan Hospital Kuala Lumpur pada Khamis.

Doktor di hospital tersebut mengetahui ada sesuatu yang tidak kena.

"Pesakit kemudian mengakui telah melahirkan bayi pada 19 Julai di rumahnya di Sungai Besar dan berkata bayinya meninggal dunia semasa dilahirkan," kata Chong.

Chong berkata wanita itu mendakwa dia mengandung tujuh bulan ketika itu dan kekasih suspek kemudiannya menanam mayat bayi tersebut dekat kawasan semak berhampiran rumahnya.

"Kekasih wanita itu kemudiannya ditahan untuk membantu siasatan," kata Chong.

Difahamkan kekasih wanita itu bukan bapa kepada bayi malang itu.

Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

Tags / Kata Kunci: bayi , PDRM

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan